<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/118948084951701255?origin\x3dhttp://batrisyiarasyid.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Turn Around
%1 %2 %4
Novel ; Surat Kepada Juliet (Bab 4)
Written at 11:32 PM on Friday, January 13, 2012 0 comment(s)

Surat Kepada Juliet...

Selepas berehat,perut Nadia berkeroncong. Mungkin dia sudah lapar,maklumlah,hanya dihidangkan dengan makanan di dalam kapal terbang,mana cukup! Jadi Nadia pun menghubungi Mr.Smith. Hanya Mr.Smith sahajalah harapannya sekarang. "Hi,this is Mr.Smith! Taxi service? Sorry I'm busy,leave your message after the tone" Kedengaran bunyi pesanan suara,Mr. Smith tidak mengangkat telefonnya. Nadia mengeluh hampa, "Haih,masa aku perlukan dia lah,dia tak ada. Tadi bukan main kata kalau perlukan dia,call je,tak dapat. Hm,baik aku pergi sendiri ajelah. Boleh jugak aku ronda-ronda sekitar sini." Kata Nadia seorang diri. Nadia pun keluar dari bilik hotelnya,kemudian keluar daripada situ. Dia berjalan-jalan di sekitar kota Italy itu. Kemudian,dia ternampak sebuah restoran yang mewah,menarik dan juga cantik. Nama restoran tersebut ialah 'ITALIAN-MUSLIM RESTAURANT' Tergerak hati Nadia untuk pergi menjamu selera di restoran itu. Itu sahajalah restoran yang dia temui untuk mengalas perutnya. 

Selepas makan, Nadia meneruskan perjalananya. Kelihatan ramai penduduk disitu berjalan kaki. Tidak seperti Malaysia,jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Tetapi disini, jalan raya  penuh sesak dengan penduduk-penduduk berjalan kaki. Ramai juga bergerak ke sesebuah lokasi ke lokasi yang lain menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Berjalan dan berjalan, Nadia memasuki sebuah lorong yang terdapat beberapa kedai kek,pertukangan,kedai gunting rambut dan lain-lain. "Ya Allah,berbaloi jugak aku jalan kaki eh,dapat jugak lihat tempat-tempat disini" Bisik Nadia di dalam hati. Nadia ternampak di sebuah dinding,terdapat banyak kertas tampal dan surat-surat. Pelik sungguh disitu. "Eh,pelik betul tempat ni. Tak pernah pula aku tengok tempat macam ni" Kertas-kertas tampal dan surat-surat tersebut satu per satu dibaca oleh Nadia. "Dear Juliet,I've been wondering where have you been? I hope that I can meet you one day, I want to know stories about you, I want to see your beautiful face,please reply this letter to me,please. Sincerely,Natalie" "Juliet,I admire you so much, I like you, hope we can meet someday" Itulah sedikit sebanyak surat yang Nadia telah baca. Dalam hati Nadia,Nadia sungguh pelik. Seolah-olah orang yang menghantar surat itu kenal dengan Juliet dan seolah-olah Juliet itu wujud walaupun dia tahu itu hanya kisah dongeng sahaja.

Bersambung...



Batrisyia Rashid


Novel ; Surat Kepada Juliet (Bab 3)
Written at 9:13 PM on Tuesday, December 27, 2011 0 comment(s)

Bab 3
Surat Kepada Juliet...

Alhamdulillah,Nadia sudah sampai ke Italy. Nadia fikir,masa depan dia akan cerah! Cerah begitu cerah! Insya-Allah,berkat doa Puan Mastura dan Maisarah,dapatlah dia menggapai impian dia itu. "Alhamdulillah,aku dah sampai ke Italy. Sekarang aku nak buat apa? Takda kawan dekat sini, apa pun takda. Nasib baik Mak bagi kad kredit dia. Dapatlah aku berbelanja sikit. Hm,aku kena cari hotel dulu. Esok,barulah aku pi cari Universiti yang ada dalam surat ni. Harap orang dekat sini dapat bantu" Kata Nadia di dalam hatinya. Nadia mencari teksi untuk pergi ke hotel yang terdekat. Tidak kisah la cantik atau mewah atau buruk sekalipun,dia datang sini untuk belajar,bukan untuk bercuti. "Hello Sir,I'm from Malaysia,my name is Nadia. You? Sir.." Nadia ber-bahasa inggeris kepada pemandu teksi itu. "Oh,welcome to Italy little girl! I'm Mr.Smith" Kata pemandu teksi itu. "Mr.Smith,can you take me to the nearest hotel here?" Nadia menanya pemandu teksi itu dengan penuh harapan. "Oh,sure,come,hope in my taxi :)" Nadia sangatlah lega. Kelihatan Italy begitu indah dengan bangunan-bangunanya,pemandangannya dan alam sekitar yang bersih. "What's your name again? Nadia right? Nadia,here we are at the nearest hotel here, Hotel De Art" Mr.Smith memberhentikan teksinya dan memperkenalkan kepada Nadia Hotel De Art itu. Terdetik di hati Nadia, "Cantik sungguh hotel di sini,tak sabar aku ingin stay disini" Nadia check-in ke hotel itu,kemudian,dia mencari biliknya dan berehat seketika. Ialah,setelah perjalanan yang lama.

Sorry! Bersambung :) Takdak idea :C


Batrisyia Rashid


Novel ; Surat Kepada Juliet (Bab 2)
Written at 3:02 AM on Sunday, December 25, 2011 0 comment(s)

Surat Kepada Juliet..

Puan Mastura mengizinkan Nadia pergi ke kolej untuk kuliah,seperti biasa. "Eh kau ni,aku dah tunggu kau lama dah berjanggut dah ni Nadia!" Jerit Nadia. Biasalah,Maisarah itu,macam Nadia tak biasa dengan gelagatnya. "Sabar lah,aku sepak kang. Aku makan lah tadi,sedap mak aku masak tahu?" Nadia mempromosikan Nasi Lemak ibunya. "Tak habis-habis nak buat aku jealous kau ni! Ish! Perut aku ni dah buat konsert dah ni dalam perut!" Ujar Maisarah. "Padan muka,ejek orang sangat. Dah dah,lambat lagi kan? Baru pukul 8, class pukul 10:30 kan? Jom pi makan,aku teman kau" Seperti biasa,Nadia tentu dah biasa dengan perangai kawan baiknya itu. Kenalah bersabar. Walaubagaimanapun,kadang-kadang, gelagat Maisarah tu lawak juga bukan?" 

Selesai makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di Seksyen 7,mereka pun berangkat ke kolej mereka. "Weh,sedap gila Nasi Lemak tadi! Tak dapat makan nasi lemak mak kau pun tak apa lah,ni pun jadilah" Kata Maisarah. "Apa apa pun, Nasi lemak mak aku still the best! Nanti lah aku bawak ke kolej,okay?" Nadia mempromosikan lagi nasi lemak ibunya. Walaupun Nadia dan Maisarah satu kolej,namun,Maisarah belajar dalam bidang lain. Maisarah berminat dalam fesyen,jadi Maisarah belajar bidang Mereka Fesyen. Tetapi,mereka masih rapat seperti di sekolah mereka dahulu.

"Ya Allah! Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah! Ni kalau bagitahu Mak ni,mesti dia happy" Nadia bersorak gembira dalam hati dia. Walaupun nampak senyap diluar,tetapi,dalam hati,Tuhan sajalah yang tahu. Nadia mendapat surat tawaran sambung belajar ke Italy. Dia mendapat biasiswa sebanyak RM130,000 ke sana. Untuk sambung pelajaran lah katakan.. Nadia belum lagi memberitahu Maisarah tentang surat itu. Takut heart-attack pulak budak itu nanti. Sejurus habis class, seperti biasa,mereka akan pulang bersama-sama. Almaklumlah,semenjak Papa Maisarah membelinya kereta Mini Cooper itu,tak habis-habis dia merayap. 
"Nadia,harini kita nak pergi mana pulak? Aku bosan lah duduk terperap je dalam rumah tu" Tanya Maisarah. "Hmm..Aku..Er malas lah hari ni,aku ada banyak sangat assignment nak kena buat. Sorry eh? Hantar aku dekat rumah je lah" Nadia mencari alasan untuk diberi kepada Maisarah.

"Assalamualaikum,Mak? Bukak pintu ni Mak!" Nadia memberi salam selepas tiba di rumahnya. "Mak! Nadia ada berita baik Mak!" Nadia mengejutkan ibunya dengan berita  baik itu. "Ya Allah,kenapa anak Mak ni? Kalau ye pun,minumlah air mak buat tu dulu" Puan Mastura menenangkan anak daranya itu. Nadia pun meminum air apple juice buatan ibunya itu. "Okay okay.. Mak,sebenarnya kan, Nadia dapat tawaran sambung belajar ke Italy! Mak! Mak restu tak? Please please..." Nadia meminta restu kepada ibunya. "Ya Allah! Alhamdulillah! Yeke? Syukurlah..Hm" Puan Mastura kedengaran seperti tidak berpuas hati. "Mak kenapa ni Mak? Mak tak suka ke?" Nadia kedengaran akan risau dengan maknya itu. "Tak lah,Mak happy sangat-sangat sebab anak Mak dapat sambung belajar,Alhamdulillah. Yang pasti,Mak mesti restu punya. Kan itu cita-cita anak mak? Tapi.. Itu bidang apa? Dah lulus ke permohonan tukar bidang tu Nadia?" Nadia nampaknya berpuas hati dan lega. "Alhamdulillah Mak,permohonan Nadia lulus,Nadia dapat masuk bidang penerbitan dan pengeluaran,alah macam apa yang Nadia idam-idamkan tu lah,Nadia tulis buku,nanti ada syarikat akan terbit buku Nadia" Ujar Nadia dengan gembira. "Tak semudah tu nak.. Nadia kena bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah okey sayang? Bila?" Puan Mastura menasihati anaknya seakan-akan beliau risau akan anaknya. "Itu Nadia mestilah tahu Mak. Nah,mak baca surat ni,Nadia dah excited ni!"  Nadia menyuruh ibunya membaca surat tawaran itu. 

Bangun pagi,Nadia solat Subuh seperti biasa. Nada deringnya berbunyi lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. Jiwang sungguh lagu itu! Nadia pun mengangkat telefonnya. "Nadia,aku datang ambik kau tau,ready okey? Breakfast dekat airport jelah senang." Berat hati Nadia untuk meninggalkan tanah air dan yang paling penting,ibunya. Dia tahu ibunya sudah biasa tinggal seorang diri,tetapi dalam hati terdetik,berat sungguh hatinya untuk meninggalkan Puan Mastura.

"Mak,Mak jaga diri tau duduk sini,apa-apa, Nadia dah bagitahu Maisarah suruh jaga mak,kalau apa-apa Mak call lah dia,nanti kita chat di Facebook ok?" Nadia risau akan ibunya. "Baiklah Nak,kamu pun sama ye? Jaga diri dekat sana tu,jaga solat,jangan tinggal okey? Sayang anak mak" Puan Mastura pun memeluk erat anaknya itu,berat hati ingin melepaskan tapi nak buat macam mana.. Nadia pun menitiskan air mata,yelah,Italy tu jauh. 

Nadia pun berangkat ke airport bersama Maisarah. Setelah tiba di sana,mereka pun pergi ke sebuah cafe. Jadual penerbangan Nadia adalah pada pukul 10 pagi,jadi dia kena tiba ke airport lebih kurang 2 jam sebelum. Mereka bersarapan pagi bersama, "Nadia,kau jaga diri tau,jangan lupa kawan kau yang comel lagi baik ni tau" Maisarah memuji dirinya serta nasihat. "Yelah Maisarah,kau ni,perahsantan je lebih kan? Mesti lah aku tak lupa kau beb!" Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi. Jadi, Nadia pun memeluk erat Maisarah dan nasihat kawannya itu. Nadia pergi ke pintu untuk pergi ke kapal terbang. 

Bersambung...


Batrisyia Rashid


Novel ; Surat Kepada Juliet (Synopsis)
Written at 2:20 AM on 0 comment(s)

Assalamualaikum ev'one! Saya fikir kankan,mcm nak buat novel je dalam blog ni. Hm,apa cadangan? *macam orang kesah hahah kau diam Tak kesah la orang baca ke tak,saya nak buat jugak! Bahasa,of course Bahasa Melayu. Dah fikir dah ni dalam otak. Ok jum start :3 Promote2 lh dekat kawan-kawan ok? Sayang awak :*

Watak Utama.
-Nadia - 19 tahun
- Puan Mastura - 41 tahun ; Ibu Nadia
- Puan Sara - 60 tahun
- Izzudin ; Cucu Puan Sara - 19 tahun

"Sudah lama aku bercitacita ingin menjadi seorang penulis,ataupun pengarang. Hm.. Bilalah itu akan terjadi"
Detik hati Nadia. Nadia kini berkuliah di Lim Kok Wing University,di dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Entah kenapa dia memilih bidang tersebut,sedangkan citacitanya ialah penulis.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi,Nadia lantas mencapai cekak rambutnya di meja. Kemudian,dia terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Memang kewajipan seorang Islam,menunaikan Solat Subuh di waktu pagi.

Nadia terus bersiap-siap untuk ke kolejnya, bersama kawan baiknya, Maisarah. Dia sudah berkawan dgn Nadia sejak di bangku sekolah lagi. Semenjak itu,mereka menjadi sungguh akrab. Sangat akrab. Semasa Ain Nadia hendak ke dapur,terdengar nada dering telefon bimbitnya. Tertulis nama kawan baiknya, 'Maisarah' Apalagi dia terus menekan butang hijau. "Hello?! Nadia! Kau dekat mana? Lambatnye. Aku ambik kau lah satgi dekat rumah kau okay?" Kata Maisarah dengan kuat. "Hello,aku dekat rumah lah,baru nak breakfast.Okay2" Kata Nadia. "Eish..Kuat betul suara budak ni,macam nak pecah telinga aku" Kata Nadia seorang diri. Puan Mastura,ibu Nadia pun terdengar Nadia bercakap seorang diri. "Hai Nadia,ni kenapa pepagi cakap sesorang ni? Meh makan mak masak Nasi Lemak fevret Nadia ni" Jemput Puan Mastura.

Nadia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi antik milik Puan Mastura di dining room. Rumahnya memang banyak koleksi barang-barang antik. Almaklumlah, Puan Mastura kan penggemar barangbarang antik. "Ya Allah mak! Sedapnya mak masak! Nomnomnom" Kata Nadia dengan makanan yg masih ada di dalam mulut. "Alah Nadia ni,macam tak tahu pulak..Hehe" Nadia dan Ibu dia tinggal berdua sahaja di rumah,sejak Ayahnya bercerai dengan Puan Mastura,Puan Harith. Tragedi itu memang tragis dan sadis bagi Nadia,anak tunggal Puan Mastura dan Puan Harith. Nak buat macam mana,perkahwinan mereka porak-peranda sejak beberapa tahun dulu lagi. Semenjak itu,keluarga Nadia menjadi huru-hara. Ada ada saja..

Jikalau hendak pulang beraya pun,susah. Puan Mastura dan Puan Harith selalu berkelahi. "Pon! Pon!" Kedengaran bunyi kereta Mini Cooper milik kawan baiknya,Maisarah. "Mak,Nadia pergi ke kolej dulu ya,Assalamualaikum" Nadia meminta izin kepada ibunya sebelum pergi.

Macam mana? Okay tak? Bersambung...


Batrisyia Rashid


Written at 12:35 AM on 0 comment(s)

blogaljsa


Batrisyia Rashid