Assalamualaikum ev'one! Saya fikir kankan,mcm nak buat novel je dalam blog ni. Hm,apa cadangan? *macam orang kesah hahah kau diam Tak kesah la orang baca ke tak,saya nak buat jugak! Bahasa,of course Bahasa Melayu. Dah fikir dah ni dalam otak. Ok jum start :3 Promote2 lh dekat kawan-kawan ok? Sayang awak :*
Watak Utama.
-Nadia - 19 tahun
- Puan Mastura - 41 tahun ; Ibu Nadia
- Puan Sara - 60 tahun
- Izzudin ; Cucu Puan Sara - 19 tahun
"Sudah lama aku bercitacita ingin menjadi seorang penulis,ataupun pengarang. Hm.. Bilalah itu akan terjadi"
Detik hati Nadia. Nadia kini berkuliah di Lim Kok Wing University,di dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Entah kenapa dia memilih bidang tersebut,sedangkan citacitanya ialah penulis.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi,Nadia lantas mencapai cekak rambutnya di meja. Kemudian,dia terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Memang kewajipan seorang Islam,menunaikan Solat Subuh di waktu pagi.
Nadia terus bersiap-siap untuk ke kolejnya, bersama kawan baiknya, Maisarah. Dia sudah berkawan dgn Nadia sejak di bangku sekolah lagi. Semenjak itu,mereka menjadi sungguh akrab. Sangat akrab. Semasa Ain Nadia hendak ke dapur,terdengar nada dering telefon bimbitnya. Tertulis nama kawan baiknya, 'Maisarah' Apalagi dia terus menekan butang hijau. "Hello?! Nadia! Kau dekat mana? Lambatnye. Aku ambik kau lah
satgi dekat rumah kau okay?" Kata Maisarah dengan kuat. "Hello,aku dekat rumah lah,baru nak breakfast.Okay2" Kata Nadia. "Eish..Kuat betul suara budak ni,macam nak pecah telinga aku" Kata Nadia seorang diri. Puan Mastura,ibu Nadia pun terdengar Nadia bercakap seorang diri. "Hai Nadia,ni kenapa pepagi cakap sesorang ni? Meh makan mak masak Nasi Lemak
fevret Nadia ni" Jemput Puan Mastura.
Nadia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi antik milik Puan Mastura di
dining room. Rumahnya memang banyak koleksi barang-barang antik. Almaklumlah, Puan Mastura kan penggemar barangbarang antik. "Ya Allah mak! Sedapnya mak masak! Nomnomnom" Kata Nadia dengan makanan yg masih ada di dalam mulut. "Alah Nadia ni,macam tak tahu pulak..Hehe" Nadia dan Ibu dia tinggal berdua sahaja di rumah,sejak Ayahnya bercerai dengan Puan Mastura,Puan Harith. Tragedi itu memang tragis dan sadis bagi Nadia,anak tunggal Puan Mastura dan Puan Harith. Nak buat macam mana,perkahwinan mereka
porak-peranda sejak beberapa tahun dulu lagi. Semenjak itu,keluarga Nadia menjadi huru-hara. Ada ada saja..
Jikalau hendak pulang beraya pun,susah. Puan Mastura dan Puan Harith selalu berkelahi. "Pon! Pon!" Kedengaran bunyi kereta Mini Cooper milik kawan baiknya,Maisarah. "Mak,Nadia pergi ke kolej dulu ya,Assalamualaikum" Nadia meminta izin kepada ibunya sebelum pergi.
Macam mana? Okay tak? Bersambung...
Batrisyia Rashid