Surat Kepada Juliet..
Puan Mastura mengizinkan Nadia pergi ke kolej untuk kuliah,seperti biasa. "Eh kau ni,aku dah tunggu kau lama dah berjanggut dah ni Nadia!" Jerit Nadia. Biasalah,Maisarah itu,macam Nadia tak biasa dengan gelagatnya. "Sabar lah,aku sepak kang. Aku makan lah tadi,sedap mak aku masak tahu?" Nadia mempromosikan Nasi Lemak ibunya. "Tak habis-habis nak buat aku jealous kau ni! Ish! Perut aku ni dah buat konsert dah ni dalam perut!" Ujar Maisarah. "Padan muka,ejek orang sangat. Dah dah,lambat lagi kan? Baru pukul 8, class pukul 10:30 kan? Jom pi makan,aku teman kau" Seperti biasa,Nadia tentu dah biasa dengan perangai kawan baiknya itu. Kenalah bersabar. Walaubagaimanapun,kadang-kadang, gelagat Maisarah tu lawak juga bukan?"
Selesai makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di Seksyen 7,mereka pun berangkat ke kolej mereka. "Weh,sedap gila Nasi Lemak tadi! Tak dapat makan nasi lemak mak kau pun tak apa lah,ni pun jadilah" Kata Maisarah. "Apa apa pun, Nasi lemak mak aku still the best! Nanti lah aku bawak ke kolej,okay?" Nadia mempromosikan lagi nasi lemak ibunya. Walaupun Nadia dan Maisarah satu kolej,namun,Maisarah belajar dalam bidang lain. Maisarah berminat dalam fesyen,jadi Maisarah belajar bidang Mereka Fesyen. Tetapi,mereka masih rapat seperti di sekolah mereka dahulu.
"Ya Allah! Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah! Ni kalau bagitahu Mak ni,mesti dia happy" Nadia bersorak gembira dalam hati dia. Walaupun nampak senyap diluar,tetapi,dalam hati,Tuhan sajalah yang tahu. Nadia mendapat surat tawaran sambung belajar ke Italy. Dia mendapat biasiswa sebanyak RM130,000 ke sana. Untuk sambung pelajaran lah katakan.. Nadia belum lagi memberitahu Maisarah tentang surat itu. Takut heart-attack pulak budak itu nanti. Sejurus habis class, seperti biasa,mereka akan pulang bersama-sama. Almaklumlah,semenjak Papa Maisarah membelinya kereta Mini Cooper itu,tak habis-habis dia merayap.
"Nadia,harini kita nak pergi mana pulak? Aku bosan lah duduk terperap je dalam rumah tu" Tanya Maisarah. "Hmm..Aku..Er malas lah hari ni,aku ada banyak sangat assignment nak kena buat. Sorry eh? Hantar aku dekat rumah je lah" Nadia mencari alasan untuk diberi kepada Maisarah.
"Assalamualaikum,Mak? Bukak pintu ni Mak!" Nadia memberi salam selepas tiba di rumahnya. "Mak! Nadia ada berita baik Mak!" Nadia mengejutkan ibunya dengan berita baik itu. "Ya Allah,kenapa anak Mak ni? Kalau ye pun,minumlah air mak buat tu dulu" Puan Mastura menenangkan anak daranya itu. Nadia pun meminum air apple juice buatan ibunya itu. "Okay okay.. Mak,sebenarnya kan, Nadia dapat tawaran sambung belajar ke Italy! Mak! Mak restu tak? Please please..." Nadia meminta restu kepada ibunya. "Ya Allah! Alhamdulillah! Yeke? Syukurlah..Hm" Puan Mastura kedengaran seperti tidak berpuas hati. "Mak kenapa ni Mak? Mak tak suka ke?" Nadia kedengaran akan risau dengan maknya itu. "Tak lah,Mak happy sangat-sangat sebab anak Mak dapat sambung belajar,Alhamdulillah. Yang pasti,Mak mesti restu punya. Kan itu cita-cita anak mak? Tapi.. Itu bidang apa? Dah lulus ke permohonan tukar bidang tu Nadia?" Nadia nampaknya berpuas hati dan lega. "Alhamdulillah Mak,permohonan Nadia lulus,Nadia dapat masuk bidang penerbitan dan pengeluaran,alah macam apa yang Nadia idam-idamkan tu lah,Nadia tulis buku,nanti ada syarikat akan terbit buku Nadia" Ujar Nadia dengan gembira. "Tak semudah tu nak.. Nadia kena bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah okey sayang? Bila?" Puan Mastura menasihati anaknya seakan-akan beliau risau akan anaknya. "Itu Nadia mestilah tahu Mak. Nah,mak baca surat ni,Nadia dah excited ni!" Nadia menyuruh ibunya membaca surat tawaran itu.
Bangun pagi,Nadia solat Subuh seperti biasa. Nada deringnya berbunyi lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih. Jiwang sungguh lagu itu! Nadia pun mengangkat telefonnya. "Nadia,aku datang ambik kau tau,ready okey? Breakfast dekat airport jelah senang." Berat hati Nadia untuk meninggalkan tanah air dan yang paling penting,ibunya. Dia tahu ibunya sudah biasa tinggal seorang diri,tetapi dalam hati terdetik,berat sungguh hatinya untuk meninggalkan Puan Mastura.
"Mak,Mak jaga diri tau duduk sini,apa-apa, Nadia dah bagitahu Maisarah suruh jaga mak,kalau apa-apa Mak call lah dia,nanti kita chat di Facebook ok?" Nadia risau akan ibunya. "Baiklah Nak,kamu pun sama ye? Jaga diri dekat sana tu,jaga solat,jangan tinggal okey? Sayang anak mak" Puan Mastura pun memeluk erat anaknya itu,berat hati ingin melepaskan tapi nak buat macam mana.. Nadia pun menitiskan air mata,yelah,Italy tu jauh.
Nadia pun berangkat ke airport bersama Maisarah. Setelah tiba di sana,mereka pun pergi ke sebuah cafe. Jadual penerbangan Nadia adalah pada pukul 10 pagi,jadi dia kena tiba ke airport lebih kurang 2 jam sebelum. Mereka bersarapan pagi bersama, "Nadia,kau jaga diri tau,jangan lupa kawan kau yang comel lagi baik ni tau" Maisarah memuji dirinya serta nasihat. "Yelah Maisarah,kau ni,perahsantan je lebih kan? Mesti lah aku tak lupa kau beb!" Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi. Jadi, Nadia pun memeluk erat Maisarah dan nasihat kawannya itu. Nadia pergi ke pintu untuk pergi ke kapal terbang.
Bersambung...
Batrisyia Rashid