<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/118948084951701255?origin\x3dhttp://batrisyiarasyid.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Turn Around
%1 %2 %4
Novel ; Surat Kepada Juliet (Bab 4)
Written at 11:32 PM on Friday, January 13, 2012 0 comment(s)

Surat Kepada Juliet...

Selepas berehat,perut Nadia berkeroncong. Mungkin dia sudah lapar,maklumlah,hanya dihidangkan dengan makanan di dalam kapal terbang,mana cukup! Jadi Nadia pun menghubungi Mr.Smith. Hanya Mr.Smith sahajalah harapannya sekarang. "Hi,this is Mr.Smith! Taxi service? Sorry I'm busy,leave your message after the tone" Kedengaran bunyi pesanan suara,Mr. Smith tidak mengangkat telefonnya. Nadia mengeluh hampa, "Haih,masa aku perlukan dia lah,dia tak ada. Tadi bukan main kata kalau perlukan dia,call je,tak dapat. Hm,baik aku pergi sendiri ajelah. Boleh jugak aku ronda-ronda sekitar sini." Kata Nadia seorang diri. Nadia pun keluar dari bilik hotelnya,kemudian keluar daripada situ. Dia berjalan-jalan di sekitar kota Italy itu. Kemudian,dia ternampak sebuah restoran yang mewah,menarik dan juga cantik. Nama restoran tersebut ialah 'ITALIAN-MUSLIM RESTAURANT' Tergerak hati Nadia untuk pergi menjamu selera di restoran itu. Itu sahajalah restoran yang dia temui untuk mengalas perutnya. 

Selepas makan, Nadia meneruskan perjalananya. Kelihatan ramai penduduk disitu berjalan kaki. Tidak seperti Malaysia,jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Tetapi disini, jalan raya  penuh sesak dengan penduduk-penduduk berjalan kaki. Ramai juga bergerak ke sesebuah lokasi ke lokasi yang lain menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Berjalan dan berjalan, Nadia memasuki sebuah lorong yang terdapat beberapa kedai kek,pertukangan,kedai gunting rambut dan lain-lain. "Ya Allah,berbaloi jugak aku jalan kaki eh,dapat jugak lihat tempat-tempat disini" Bisik Nadia di dalam hati. Nadia ternampak di sebuah dinding,terdapat banyak kertas tampal dan surat-surat. Pelik sungguh disitu. "Eh,pelik betul tempat ni. Tak pernah pula aku tengok tempat macam ni" Kertas-kertas tampal dan surat-surat tersebut satu per satu dibaca oleh Nadia. "Dear Juliet,I've been wondering where have you been? I hope that I can meet you one day, I want to know stories about you, I want to see your beautiful face,please reply this letter to me,please. Sincerely,Natalie" "Juliet,I admire you so much, I like you, hope we can meet someday" Itulah sedikit sebanyak surat yang Nadia telah baca. Dalam hati Nadia,Nadia sungguh pelik. Seolah-olah orang yang menghantar surat itu kenal dengan Juliet dan seolah-olah Juliet itu wujud walaupun dia tahu itu hanya kisah dongeng sahaja.

Bersambung...



Batrisyia Rashid